Setakat ini belum dapat dikesan tarikh sebenar Kuala Kurau dibuka. Namun berdasarkan kepada ingatan orang tua-tua diyakini bahawa ianya dibuka sekitar tahun 1800-an dahulu. Bermula daripada beberapa keluarga orang melayu Perak meneroka kawasan Kuala Kurau untuk bersawah dan menangkap ikan, maka sejak itu dari sehari ke sehari Kuala Kurau diteroka dan di banjiri pendatang dari pelbagai tempat dan kaum. Di zaman penjajahan Inggeris, Kuala Kurau dan sekitarnya diteroka dengan pesatnya untuk dijadikan ladang kelapa dan tebu. Orang-orang India di bawa masuk untuk bekerja di ladang dan orang-orang Cina datang membuka perniagaan dan perdagangan. Kuala Kurau semakin maju sehingga penjajah Inggeris menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan import dan eksport yang lengkap dengan pejabat dan pegawai-pegawai kastamnya (Jabatan Shahbandar, Kuala Kurau). Terbitnya nama Kuala Kurau adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu KUALA kerana kedudukannya di Kuala (muara) sungai dan KURAU nama jenis (Ikan Kurau) yang termasyhur dan amat banyak terdapat dalam sungai tersebut di masa itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment